Buletin Baru

Jenis-Jenis Pembiayaan

Keanggotaan

Anggota- anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut peraturan dan Undang- Undang Kecil ini selepas pendaftaran.

Senarai Anggota 2011

Tabung Kebajikan Am

Tujuan Tabung Kebajikan ialah:-

1. Memberi bantuan kewangan kepada anggota untuk mempertingkatkan pengetahuan ke taraf yang tinggi.

2. Memberi bantuan kewangan kerana kematian anggota.

3. Memberi sumbangan kewangan kepada anggota kerana kemalangan.

4. Memberi sumbangan kewangan kepada anggota kerana bencana alam.

5. Memberi bantuan kewangan kepada program belajar sambil melawat kepada Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pegawai SKM, Kakitangan dan anggota.

6. Memberi saguhati kepada Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Kakitangan dan anggota yang memberi khidmat cemerlang atau yang membantu kepada prestasi serta kejayaan cemerlang koperasi.

7. Memberi bantuan kewangan kepada Tabung Kebajikan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) sebanyak 50% daripada peruntukan tahunan Tabung Kebajikan Am Koperasi.

Aktiviti Pinjaman

DAHULU : Pinjaman atau berhutang berlaku dikalangan orang miskin kerana :-

1. Kebergantungan hidup kepada orang tengah.

2. Keperluan pertanian atau perikanan.

3. Membayar hutang.

4. Memenuhi keperluan asas.

5. Keperluan mendesak seperti persekolahan anak, kematian, malapetaka / musibah, kenduri kahwin.

SEKARANG : Kegiatan berhutang atau meminjam berlaku dikalangan orang kaya atau berstatus sosial yang tinggi, berkemungkinan kerana :-

1. Banyak agensi atau pusat khidmat yang menyediakan pinjaman.

2. Terpedaya dengan kempen atau proganda yang meluas.

3. Ada kemampuan bayar balik keperluan modal untuk aktiviti ekonomi atau pelaburan.

4. Keperluan modal untuk aktiviti ekonomi atau pelaburan.

5. Merebut peluang – peluang tersedia.

6. Aktiviti riadah, ziarah atau melancong.

7.  Melengkapkan tuntutan gaya hidup.

8. Keperluan mendesak seperti rawatan pakar perubatan pengajian diri atau keluarga.

9. Penjelasan denda atau hukuman.

10. Mengikut trend yang mendahului kemampuan semasa.

11. Peluang meminjam secara mudah, cepat, caj perkhidmatan rendah, serta jumlah pinjaman yang tersedia agak tinggi.

12. Mengawal gaji bersih atau “Take home pay”.

13. Mengambil peluang daripada nilai ringgit atau kesan insflasi.

RUMUSAN :  Aktiviti meminjam atau berhutang kini didominasi oleh kumpulan kaya yang berstatus sosial yang tinggi. Oleh itu meminjam atau berhutang adalah satu kegiatan terhormat dalam dunia koprat.

Pengerusi – 11 Oktober 2011

Tanggungjawab Anggota

Selain daripada ALK yang bertanggungjawab terhadap tadbir urus Koperasi, sebagai anggota juga tidak terkecuali daripada tuntutan tanggungjawab :-

i) Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan di kawasan masing-masing.

ii) Memastikan potongan yuran anggota tidak terputus selama 6 bulan berturut-turut.

iii) Memaklumkan kepada ibu pejabat jika berpindah alamat tempat bertugas atau bertukar sekolah.

iv) Membuat pengesahan baki hutang dan jumlah yuran terkumpul sebaik sahaja menerima penyata daripada ibu pejabat.

v) Mendapatkan maklumat terkini koperasi melalui laman web koperasi.

vi) Menghadiri kursus, seminar atau bengkel setelah diarah oleh koperasi.

vii) Memahami dan menghayati akta dan undang-undang kecil koperasi.

viii) Membuat teguran ke arah penambahanbaikan koperasi secara berhemah samaada melalui surat atau pembincangan dalam Mesyuarat Agung Kawasan atau Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

ix) Mengambil bahagian yang cergas dalam perbahasan agenda Mesyuarat Agung.

x) Mengisi borang khas yang disediakan jika ingin berhenti menjadi anggota kerana bersara atau ingin menamatkan keanggotaan koperasi.

Penyelesaian Wang Anggota

1) Jika seorang anggota terhenti daripada menjadi anggota,Koperasi ini menurut undang-undang kecil 21, semua wang keupayaan melainkan nilai syer miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah :-

a) Sekiranya dia ditamatkan keanggotaannya, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat.

b) Sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan.

c) Sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah, menurut seksyen 24 Akta, disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik.

d) Sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis.

e) Sekiranya dia tidak lagi bermastautin mempunyai hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi dikembalikan kepadanya dan sewajarnya.

Menarik Diri

1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis enam bulan yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan   diri dalam tempoh yang singkat.

2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan itu hendaklah terhenti hanya  genap tempoh notisnya.

3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak kewajipan dan liability sebagai seorang anggota.

Terhenti Menjadi Anggota

1) Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab berikut :-

a) Mati.

b) Menarik diri menurut undang-undang kecil 22.

c) Dibuang menurut undang-undang kecil 23.

2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang :-

a) Didapati membuat ikrar palsu menurut undang-undang kecil.

b) Hilang kelayakan sebagai anggota menurut undang-undang kecil 20.

c) Terhenti keanggotaannya menurut perenggan (c) fasa(1)

d) Gagal menjelaskan syer minimum menurut undang-undang kecil 55.

e) Gagal menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut dengan tiada kebenaran Lembaga menurut undang-undang kecil 56.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.